Monday, May 27, 2013

kehilangan

Kita diberi nyawa bukan untuk bersuka-ria, berjalan dengan penuh riak di atas bumi Allah, menikmati hasutan syaitan, menghina-hina sesama manusia, memperagakan tubuh badan. Kita hanya diberi pinjam buat sementara, untuk menikmati dunia dengan keredhaan-Nya, untuk mengingati-Nya si Pencipta, untuk tunduk kepada-Nya, untuk sentiasa beringat dan mengingati sesama  manusia bahawa dunia ini bukan untuk selamanya. Ajal dan maut tidak kira usia. Selagi masih bernyanya halakan langkahmu ke jalan yang diredhai-Nya. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali.

Al-Fatihah Allahyarham Umar Bin Bidah 18/5/13. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.  

assalamualaikum.

No comments: