Friday, May 18, 2012

warm up

Dunia baru. wow, kedengaran macam hebat sangat, drastik sangatlah kan. tapi hakikatnya, belum tentu sehebat yang didengar, seindah yang dibayangakan, betul ? belum cuba belum tahu. waktu aku makin hampir, melangkah selangkah demi langkah ke alam baru, yang aku belum kenal yang aku belum pasti kuatkah aku menghadapinya. sebelumnya, excited sangat. tapi bila hari menginjak, menghampiri saat itu. semakin terasa debarannya. oh,tabahkah aku ?

malangnya, persiapan semakin kelam kabut. borang-borang pun tak isi lagi. keperluan-keperluan peribadi pun tak settle lagi. baju-baju pun tak cukup lagi, sempat ke ni ? gaya macam nak tak nak je pergi. tapi ini pilihan aku. alhamdulillah ada jugak yang menyokong walaupun ramai yang kelihatan membantah. tapi nak buat macam mana, hati aku begitu degil mendengar segala-galanya.

yang pasti,aku kena tinggalkan semuanya selepas melangkah ke sana. segala kisah dongeng aku disini harus dilupakan. :')

insyaAllah aku akan berusaha untuk mengecapi dunia masa hadapan.

No comments: