Thursday, March 22, 2012

assalamualaikum

aku seorang yang suka meneroka tetapi kurang yakin dengan diri sendiri dan always berwaspada pada anasir-anasir negatif. and that's why i'm always and always thinking in negative ways. but at the same time, i trying to be positive dalam segala apa yang aku lakukan. dulu, aku seorang yang kurang yakin terhadap diriku, disebabkan oleh, penghinaan yang ditunjukkan oleh masyarakat-masyarkat sekelilingku. dengan itu, aku bangkit dan berusaha untuk majukan diri aku dengan cara aku sendiri. dan akhirnya, alhamdulillah rezeki aku murah dan keyakinan ku bertambah dari masa ke semasa sehinggakan aku sudah tidak gentar berdiri di khalayak ramai. dan seterusnya, aku berusaha lagi untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi diri aku. dan akhirnya ini yang aku dapat. alhamdulillah aku berpuas hati dengan pencapaianku.

dan sekarang, aku sedang memikirkan ke manakah langkahku akan datang ? memang sangat samar-samar. aku masih taktahu mana arahku, hmm terukkan ? insyaAllah kalau ada rezeki, terima jelah mana yang dapat. apa yang tersurat dan tersirat kita tidak dapat menduga kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita :) segalanya dengan izin Allah.

No comments: